|
I N F O ![]() S P I L L ![]() F R I E N D S ? C R E D I T |
Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam Sunday, 2 February 2014 | 0 comment[s] ![]() Hi and Assalamualaikum.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:- * Jauh daripada segala penyakit * Lahir kesan taqwa pada wajahnya * Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia * Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) * Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati) Sementara empat perkara di akhirat ialah:- * Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri * Dipermudahkan hisab * Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat * Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.” Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim). Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut: 1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18). 2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79). 3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64). 4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16). 5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9). Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.” Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.” Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah). ‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim). Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud). Source ; here Penjelasan Isu Kiamat 2012 Sunday, 16 December 2012 | 1 comment[s]
Assalamualaikum. Entry ini di-copy dari sini. Semoga bermanfaat :)
Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver.
Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.
Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat.
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]
Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.
Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.
Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.
Komen terhadap hadith
Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.
Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012.
Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.
Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012.
Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.
Firman Allah swt :-
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 - 16].
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].
Isu Facebook dan Yahudi ; Tuesday, 20 November 2012 | 2 comment[s] ![]()
Assalamualaikum. Entry ini di-copy dari Facebook. Sekian.
1.Sehingga kini, tiada bukti Mark Zuckerberg (pengasas facebook) menyumbang dana kepada Zionis. Isu ini sudah dijawab oleh Ustaz Zaharuddin. (rujuk : http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/901-facebook-yahudi-a-status-hukum.html )
2. Benar, Mark seorang Yahudi, cuma dia tidak bermazhab Zionis. Zionis berbeza dengan Yahudi biasa. Yahudi yang taat dengan kitab Talmut berbeza dengan Yahudi yang taat kepada Zion (protokol-protokol Zion). Yahusi bangsa, Zion fahaman. Yang kita tentang Zionis Yahudi. Facebook ini pula percuma. Tidak dikenakan bayaran. Kalau kita tutup, bodohlah kita. Sebab tidak manfaatkan ia untuk menyebarkan Islam dan menentang Zionis Yahudi.
3. Yang menguasai Negara Haram Israel sekarang ini adalah Zionis Yahudi. Disebalik pemerintahan USA terdapatnya Yahudi berfahaman Zionis. (Neo Conservative Jews). Kesedaran anak muda akan isu Gaza banyak diperolehi dari facebook. Bayangkan, revolusi di Mesir yang akan menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak salah satunya bermula dari facebook.
4. Manfaatkanlah teknologi yang ada untuk memenangkan Islam, seperti kata Syeikh Yusuf Qardhawi. Lagipun senjata musuh macam mujahidin afghanistan ambil daripada Rusia digunakan balik untuk melawan tentera Rusia.
#PrayforGaza #PrayforGaza #PrayforGaza Mengutuk dalam islam ; Tuesday, 13 November 2012 | 0 comment[s] ![]()
Assalamualaikum. Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud maksudnya: "Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya "Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat" (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)"
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji."
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir mahupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.
(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya) Ibadah puasa. Saturday, 21 July 2012 | 0 comment[s]
Assalamualaikum ditujukan kepada umat islam dan hi untuk yang berlainan agama. Alhamdulillah, kita dihidupkan lagi pada hari ini. Hari Sabtu yang merupakan awal ramadhan untuk tahun 2012. Hebat en ayat tu? Boleh dapat A+ tak? Abaikan itu. Sebelum lanjutkan entry, saya nak bagitahu yang blog i under construction. Maksudnya blog ni dalam proses pengubahsuaian lagi belum siap sepenuhnya. Maaf atas kesulitan yang berlaku. [Habisssss] Macam korang tahu, hari ini dah start puasa. Lagi sebulan nak rayaa. Saya minta maaf jika ada salah silap samada sengaja ataupun tidak. Sesungguhnya semua manusia tidak pernah lekang dari melakukan silap. Selamat meyambut bulan ramadhan al mubarak semuaa :)
|
Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam Sunday, 2 February 2014 | 0 Comment[s] ![]() Hi and Assalamualaikum.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:- * Jauh daripada segala penyakit * Lahir kesan taqwa pada wajahnya * Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia * Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) * Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati) Sementara empat perkara di akhirat ialah:- * Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri * Dipermudahkan hisab * Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat * Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.” Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim). Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut: 1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18). 2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79). 3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64). 4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16). 5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9). Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.” Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.” Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah). ‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim). Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud). Source ; here Penjelasan Isu Kiamat 2012 Sunday, 16 December 2012 | 1 Comment[s]
Assalamualaikum. Entry ini di-copy dari sini. Semoga bermanfaat :)
Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver.
Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.
Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat.
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]
Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.
Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.
Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.
Komen terhadap hadith
Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.
Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012.
Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.
Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012.
Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.
Firman Allah swt :-
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 - 16].
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].
Isu Facebook dan Yahudi ; Tuesday, 20 November 2012 | 2 Comment[s] ![]()
Assalamualaikum. Entry ini di-copy dari Facebook. Sekian.
1.Sehingga kini, tiada bukti Mark Zuckerberg (pengasas facebook) menyumbang dana kepada Zionis. Isu ini sudah dijawab oleh Ustaz Zaharuddin. (rujuk : http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/901-facebook-yahudi-a-status-hukum.html )
2. Benar, Mark seorang Yahudi, cuma dia tidak bermazhab Zionis. Zionis berbeza dengan Yahudi biasa. Yahudi yang taat dengan kitab Talmut berbeza dengan Yahudi yang taat kepada Zion (protokol-protokol Zion). Yahusi bangsa, Zion fahaman. Yang kita tentang Zionis Yahudi. Facebook ini pula percuma. Tidak dikenakan bayaran. Kalau kita tutup, bodohlah kita. Sebab tidak manfaatkan ia untuk menyebarkan Islam dan menentang Zionis Yahudi.
3. Yang menguasai Negara Haram Israel sekarang ini adalah Zionis Yahudi. Disebalik pemerintahan USA terdapatnya Yahudi berfahaman Zionis. (Neo Conservative Jews). Kesedaran anak muda akan isu Gaza banyak diperolehi dari facebook. Bayangkan, revolusi di Mesir yang akan menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak salah satunya bermula dari facebook.
4. Manfaatkanlah teknologi yang ada untuk memenangkan Islam, seperti kata Syeikh Yusuf Qardhawi. Lagipun senjata musuh macam mujahidin afghanistan ambil daripada Rusia digunakan balik untuk melawan tentera Rusia.
#PrayforGaza #PrayforGaza #PrayforGaza Mengutuk dalam islam ; Tuesday, 13 November 2012 | 0 Comment[s] ![]()
Assalamualaikum. Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud maksudnya: "Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya "Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat" (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)"
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji."
Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir mahupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.
(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya) Ibadah puasa. Saturday, 21 July 2012 | 0 Comment[s]
Assalamualaikum ditujukan kepada umat islam dan hi untuk yang berlainan agama. Alhamdulillah, kita dihidupkan lagi pada hari ini. Hari Sabtu yang merupakan awal ramadhan untuk tahun 2012. Hebat en ayat tu? Boleh dapat A+ tak? Abaikan itu. Sebelum lanjutkan entry, saya nak bagitahu yang blog i under construction. Maksudnya blog ni dalam proses pengubahsuaian lagi belum siap sepenuhnya. Maaf atas kesulitan yang berlaku. [Habisssss] Macam korang tahu, hari ini dah start puasa. Lagi sebulan nak rayaa. Saya minta maaf jika ada salah silap samada sengaja ataupun tidak. Sesungguhnya semua manusia tidak pernah lekang dari melakukan silap. Selamat meyambut bulan ramadhan al mubarak semuaa :)
|
PROFILE Age; 6teen Birthday; January 18 Country; Malaysia Loves; ☺ Family ☺ Boybands ☺ Best friends ☺ Myself Hates; ☹ Backstabber ☹ Two faces ☹ Backbiting
|


